Kerja Kerajaan

TITANIC MOVIE 2012

Anda suka? Klik LIKE atau Kongsi dengan Rakan Facebook anda.

Thursday, November 25, 2010

Mahu Memohon Jawatan di Lembaga Hasil Dalam Negeri?

Soalan yang selalu di tanya oleh pemohon:

1. Bagaimanakah untuk memohon jawatan dalam LHDNM?
Permohonan untuk memasuki perkhidmatan LHDNM hendaklah dibuat secara on line seperti kaedah berikut:
a) Calon Pegawai Tetap LHDNM – Portal Hasil ruangan eKerjaya.
b) Calon Awam (Calon Luar) – Portal Kementerian Sumber Manusia www.jobsmalaysia.gov.my

2. Bagaimanakah untuk mengetahui maklumat iklan kekosongan jawatan di LHDNM?Semakan dari semasa ke semasa mengenai iklan kekosongan jawatan di LHDNM boleh dibuat melalui laman web rasmi LHDNM http://www.hasil.gov.my

3. Apakah jawatan-jawatan yang boleh saya pohon di LHDNM?
Jawatan – jawatan yang boleh di pohon adalah seperti berikut:

PEGAWAI EKSEKUTIF (KEJURUTERAAN) GRED 41
PEGAWAI EKSEKUTIF (KESELAMATAN) GRED 41
PEGAWAI EKSEKUTIF (PENAKSIRAN) GRED 41
PEGAWAI EKSEKUTIF (PENGAUDITAN) GRED 41
PEGAWAI EKSEKUTIF (PENTADBIRAN) GRED 41
PEGAWAI EKSEKUTIF (PERAKAUNAN) GRED 41
PEGAWAI EKSEKUTIF (PERPUSTAKAAN) GRED 41
PEGAWAI EKSEKUTIF (PERUNDANGAN) GRED 41
PEGAWAI EKSEKUTIF (PSIKOLOGI) GRED 41
PEGAWAI EKSEKUTIF (TEKNOLOGI MAKLUMAT) GRED 41
PEGAWAI EKSEKUTIF (UKUR BANGUNAN) GRED 41
PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (KEJURUTERAAN) GRED 31
PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (KESELAMATAN) GRED 31
PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (KESETIAUSAHAAN) GRED 31
PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (PENAKSIRAN) GRED 31
PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (PENGAUDITAN) GRED 31
PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (PENTADBIRAN) GRED 31
PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (PERAKAUNAN) GRED 31
PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (PERPUSTAKAAN) GRED 31
PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (PERUNDANGAN) GRED 31
PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (PSIKOLOGI) GRED 31
PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (TEKNOLOGI MAKLUMAT) GRED 31
PEMBANTU TADBIR (AHLI FOTOGRAFI) GRED 21
PEMBANTU TADBIR (JURUTEKNIK KOMPUTER) GRED 21
PEMBANTU TADBIR (KEJURUTERAAN) GRED 21

4. Bilakah saya boleh memohon jawatan tersebut?
Permohonan hanya boleh dilakukan sekiranya ada iklan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Sumber Manusia, LHDNM.

5. Bolehkah saya menghantar biodata/maklumat peribadi (resume) untuk memohon jawatan secara manual?
Tidak digalakkan. Pemohon boleh membuat permohonan dengan mengisi borang secara on line seperti kaedah di Perenggan 1 apabila ada makluman iklan jawatan kosong.

6. Adakah semua institusi pengajian tinggi diiktiraf kelayakannya untuk dilantik ke LHDNM ?
Tidak semua institusi pengajian tinggi (IPT), sama ada di dalam atau di luar negara diiktiraf oleh Kerajaan. Oleh itu mereka yang ingin berkhidmat dengan LHDNM perlu memastikan IPT dan kelayakan yang pemohon perolehi diiktiraf oleh Kerajaan. Senarai IPTS dan bidang pengajian yang diiktiraf ada dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Semakan boleh dibuat dengan Jabatan berkenaan atau melalui laman web
KLIK SINI

7. Bolehkan saya memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk yang lebih rendah?
Boleh, dengan syarat kelayakan yang anda miliki itu tidak melebihi satu peringkat lebih tinggi dari kelayakan yang ditetapkan untuk jawatan yang dipohon dan pemohon mempunyai kelayakan di peringkat berkenaan. Contoh: Jika anda memiliki kelayakan Diploma, anda boleh memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk SPM. Demikian juga pemohon yang memiliki kelayakan ijazah sarjana muda di peringkat ijazah kepujian/am boleh memohon jawatan yang mensyaratkan kelulusan di peringkat Diploma dengan syarat pemohon mempunyai kelayakan di peringkat Diploma. Walau bagaimanapun, kelayakan di peringkat matrikulasi tidak dinilai setaraf dengan kelayakan Diploma.

8. Bolehkah pekerja sambilan dan pegawai kontrak dilantik atau diserap terus ke Perkhidmatan LHDNM?
Pemilihan adalah tertakluk kepada prosedur dan peraturan yang sama seperti yang dikenakan kepada pemohon lantikan terus. Ini bermakna mereka tidak akan diserap secara automatik walaupun terdapat kekosongan jawatan.

9. Adakah pengalaman bekerja di sektor swasta diambil kira?
Tidak. Namun demikian pengalaman tersebut dapat membantu calon agar lebih berkeyakinan semasa sesi temu duga.

10. Apakah kelebihan menyertai LHDNM?
Di antara kelebihan/kemudahan yang diperolehi setelah menyertai LHDNM adalah seperti kenaikan gaji setiap tahun, kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan, cuti tahunan mengikut kelayakan, cuti bersalin serta pinjaman perumahan.

11. Apakah persediaan yang perlu saya buat untuk menghadiri temu duga?
Antara persediaan yang perlu dilakukan:
(1) Pastikan semua dokumen asal yang diminta di dalam surat panggilan temu duga dibawa bersama. Hanya sijil asal yang akan diterima semasa temu duga. Calon yang gagal mengemukakan sijil asal tidak akan ditemu duga.
(2) Pastikan kod etika pakaian penjawat awam dipatuhi.
(3) Lengkapkan diri dengan pengetahuan am dan ikhtisas.

12. Bagaimana untuk mengetahui keputusan temu duga?
Keputusan temu duga boleh disemak melalui laman web LHDNM di alamat http://www.hasil.gov.my

13. Siapakah yang boleh dihubungi berhubung dengan isu-isu pengambilan di LHDNM ?
Pemohon boleh menghubungi pegawai LHDNM di Unit Pengambilan, Bahagian Sumber Manusia di talian 03-62091108,03-62091128, 03-62091143,03-62094155.

(Dipetik dari laman sesawang LHDNM)

No comments:

Post a Comment