Kerja Kerajaan

TITANIC MOVIE 2012

Anda suka? Klik LIKE atau Kongsi dengan Rakan Facebook anda.

Monday, February 27, 2012

Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Kem/Jab : Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (cawangan Sabah)
Tarikh Tutup: 12 Mac 2012
Jawatan: Juruteknik J17
Kekosongan: 3
Butiran lanjut cara memohon dan gaji
==> KLIK

Sunday, February 19, 2012

Jawatan Kosong Terkini: Sarawak

Anda suka? Klik SHARE dengan Rakan-rakan Facebook anda
Jabatan: Lembaga Kemajuan Bintulu
Jawatan:
1) Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41
2) Pelukis Pelan J17
Tarikh Tutup: 3 Mac 2012
Butiran lanjut: KLIK SINI

Thursday, February 16, 2012

Menjadikan Diri Anda Yang Terbaik

Anda suka? Klik LIKE atau Kongsi dengan Rakan Facebook anda.

Anda menghadiri temuduga bersama-sama calon yang lain. Anda hendaklah menjadi yang lebih baik dari calon lain agar anda dipilih. Berikut antara tips menjadikan diri anda yang terbaik:

1. Datang tepat pada waktunya. Jangan lewat tiba ke lokasi temuduga. Pastikan diri anda datang awal.

2. Pastikan anda buat persediaan sebelum datang temuduga. Pastikan ilmu penuh di dada sebelum turun ke gelanggang.

3. Malam sebelum temuduga, pastikan anda berada dalam keadaan tenang. Jangan berjaga malam untuk menonton bola atau lepak dengan rakan – rakan di kedai makan. Ini penting supaya otak anda tidak lari fokus.

4. Pilih pakaian yang sesuai dan nampak bergaya.

5. Gosok pakaian dan siap sediakan pakaian itu sehari sebelum. Jangan sediakan pakaian pada pagi hari, takut – takut tak sempat.

6. Lakukan sedikit kajian di internet mengenai soalan yang biasa di tanya ketika temuduga. Kajian ini penting supaya otak anda terbiasa dengan corak soalan yang bakal di tanya dan cara hendak menjawabnya.

7. Latih situasi temuduga dengan rakan atau ahli keluarga anda.

8. Elakkan diri dari bermain facebook atau laman sosial yang lain. Otak anda tidak boleh lari dari fokus.

9. Jaga pemakanan anda supaya anda tidak keracunan makanan di hari temuduga.

10. Sediakan resume yang lengkap dan periksa berkali –kali resume anda supaya anda pasti bahawa ia adalah terbaik.

11. Buat kajian mengenai bakal majikan sebaik mungkin. Majikan suka bertanya mengenai syarikat mereka supaya mereka tahu anda faham apa yang mereka mahukan dari anda.

12. Lapangkan dada dan bersedia untuk di tanya dengan apa sahaja soalan termasuklah soalan pelik dan lari dari tajuk.

13. Tutup telefon bimbit anda sebaik tiba ke lokasi temuduga dan fokus pada temuduga anda.

14. Jaga pergerakan bahasa badan anda.

15. Tunggu panel temuduga habis melontarkan soalan, barulah anda beri jawapan. Jangan cepat menyampuk atau memotong perbualan orang lain atau soalan.

16. Sentiasa senyum. Senyum akan berikan anda keyakinan dan perasaan lega. Orang yang melihat anda juga akan rasa tenang. Walaupun panel temuduga bermuka masam, anda senyum sahaja.

17. Sentiasa memandang tepat pada mata panel temuduga ketika menjawab soalan.

18. Jika anda berpeluang untuk bersalam dengan panel temuduga, anda genggap tangan mereka dengan lembut dan yakin.

19. Jangan terlalu banyak bercakap. Cakap sahaja perkara yang perlu dan berikan jawapan tepat, padat dan ringkas.

20. Jangan buat – buat tahu.

21. Jangan biarkan diri anda terkeliru. Berikan jawapan yang anda tahu sahaja. Tenangkan diri dan susun ayat yang membuatkan panel temuduga faham apa yang anda katakan.

22. Jangan mengutuk syarikat lain atau majikan lama.

23. Tanya soalan yang penting. Jika anda di beri peluang bertanya soalan pada panel temuduga mengenai syarikat atau kerja, anda tanya soalan yang penting iaitu soalan yang boleh membantu anda memperoleh pekerjaan itu nanti.

24. Tinggalkan bilik temuduga dengan senyum lebar dan bersemangat.


Thursday, February 9, 2012

Jawatan Kosong Seluruh Negara

NAMA JAWATAN : Pembantu Tadbir Perkeranian / Operasi ( N17 )

STATUS : Kontrak 3 bulan

BIL KEKOSONGAN : 500 Seluruh Malaysia

WAKTU BEKERJA : Waktu bekerja terpakai yang kepada pegawai awam

GAJI : RM 54.00 sehari, KWSP dan elaun perjalanan

TEMPAT KERJA : Di Pejabat Tenaga kerja Daerah atau Jabatan Tenaga Kerja Negeri

DISKRIPSI TUGAS :
1) Melaksanakan penghantaran borang penyata National Employment Return (NER) kepada
majikan- majikan swasta di premis perniagaan/kompleks membeli belah/kilang secara
bersemuka (door to door) atau secara pos
2) Bertanggungjawab untuk menerima atau memungut kembali borang penyata
3) Memasukan data-data daripada borang NER yang telah diisi oleh majikan ke dalam komputer

KELAYAKAN / KELULUSAN
1) Minimum Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan dan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan lulus Bahasa
Inggeris
2) Boleh menulis dan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik
3) Boleh menggunakan computer dengan baik :- MS Office
4) Mempunyai lessen memandu B2 / D
5) Mempunyai kenderaan motosikal atau motokar
6) Boleh bekerja di luar pejabat

CARA MEMOHON

Sila memohon melalui www.jobsmalaysia.gov.my
Tarikh tutup permohonan : 29 Februari 2012

Tuesday, January 31, 2012

Jawatan Kosong Terkini: Sabah

Tempat: UiTM Cawangan Sabah
Jawatan: Pembantu Pengawas Peperiksaan
Taraf: Sambilan

Info Lanjut ==> http://tinyurl.com/UiTM16Feb2012

Sunday, January 29, 2012

Jawatan Kosong Terkini: Sabah

Anda suka? Klik LIKE atau Kongsi dengan Rakan Facebook anda.
Jab/ Kem.: Lembaga Pelancongan Sabah
Daerah: Kota Kinabalu
Jawatan: Web Copywriter
Gred: Penolong Pegawai Hal Ehwal Ekonomi E2-1
Tarikh Tutup: 7 Februari 2012
Anda suka? Klik LIKE atau Kongsi dengan Rakan Facebook atau Twitter anda.
PENGUMUMAN!!!
Bagi sesiapa yang belum mendapatkan Panduan Peperiksaan Penguasa Kastam WK1-1
boleh mendapatkannya segera kerana ianya akan ditutup tepat Jam 12 tengah malam ini
31 Januari 2012
IKLAN TAMBAHAN:
Rahsia RM50 dalam 24 Jam ==> http://tinyurl.com/FB24JamDuitMasyuk

Wednesday, January 25, 2012

Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam 2012

Anda suka? Klik LIKE atau Kongsi dengan Rakan Facebook anda.

Kredit kepada blogJamal. Artkel ini diperolehi dari beliau. Sedikit Perkongsian.

Sempena Peperiksaan Penguasa Kastam 2012 yang bakal diadakan pada 4 FEb 2012 ini, banyak yang bertanya berkenaan soalan peperiksaan penguasa kastam dalam minggu ni…Ramai yang dipanggil hadiri exam kastam 2012 ini



Salam hormat buat semua, pembaca blog ini.

Dalam minggu ni, saya banyak menerima emel, sms, panggilan telefon dari pembaca blog, dan juga subscribers kerja-kerajaan.com yang meminta tips berkenaan peperiksaan bertulis penguasa kastam gred wk1-1, gred baru SBPA (dahulunya W41). Ramai juga yang meminta saya sediakan panduan soalan penguasa kastam 2012 atau panduan peperiksaan penguasa kastam ini. Saya tiada sediakannya, tapi insyallah Admin Tips PTD akan lancarkannya dalam masa terdekat bagi membantu calon exam jawatan penguasa kastam 2012 ini.Sebenarnya, untuk makluman anda, peperiksaan bertulis penguasa kastam gred wk1-1 ni lebih kurang sama saja seperti peperiksaan bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang diadakan setiap tahun sebelum ini. Cuma, ianya ada sedikit perbezaan.Untuk peperiksaan bertulis PTD, soalan-soalan terdiri daripada 5 seksyen iaitu:

Dalam peperiksaan bertulis penguasa kastam gred wk1-1 ini, soalan-soalan terdiri dari 4 seksyen sahaja iaitu:

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam. Masa : 45 minitBilangan Soalan : 60Markah : 30Di dalam soalan peperiksaan penguasa kastam ini calon dikehendaki mengetahui secara umum perkara-perkara berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia dan perkara-perkara lain berkenaan dengan politik, ekonomi, sosial, sains, teknologi, sastera, kebudayaan, kesenian, muzik, sukan dan lain-lain perkembangan di seluruh dunia pada amnya dan khususnya yang ada kena mengena dengan Malaysia. Perkara ini terlalu umum dan tidak ada buku-buku teks yang tertentu untuk dibaca dan soalan-soalan akan disediakan begitu meluas. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda di dalam aneka lapangan akademik. Siswazah-siswazah yang selama ini mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan mudah menjawab soalan-soalan ini. Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekelilingnya pada amnya dan Malaysia khasnya.

Contoh Soalan 1.
Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai :
A. Penubuhan ASEAN.
B. Penubuhan kawasan aman, bebas dan berkecuali di Asia Tenggara.
C. Penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN.
D. Keputusan Filipina berkenaan dengan pengguguran tuntutan Kerajaan mereka ke atas Sabah.
E. Penubuhan pakatan Ketenteraan di antara negara-negara ASEAN.
Jawapan – B
2. Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, baginda hendaklah memilih seorang Ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapat sokongan majoriti dan ia mestilah seorang yang
A. Beragama Islam.
B. Pernah menjadi Menteri Kabinet.
C. Keturunan Melayu.
D. Menjadi warganegara mengikut operasi undang-undang.
E. Menjadi warganegara secara masukan.
Jawapan – D
SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam
Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 40
Markah : 20
Di dalam kertas ini calon-calon dikehendaki menyelesaian masalah-masalah dengan menggunakan :
i. Logik untuk menyelesaikan masalah;
ii. Menginterpretasi Data; dan
iii. Konsep-konsep matematik.
(I) Kebolehan menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah.Di dalam soalan ini calon-calon dikehendaki menggunakan kepintaran pemikiran dan juga logik untukmemberi jawapan yang tepat ataupun untuk jawapan-jawapan yang salah. Calon-calon akan diberi berbagai-bagai masalah. Calon-calon dikehendaki menggunakan segala kepintaran berfikir untuk mencari jawapan.
Contoh Soalan 1.
Sila pilih kenyataan-kenyataan yang boleh dipercayai yang telah diberikan oleh individu berikut :Peguambela : ”Yang dituduh tidak bersalah kerana ia tidak berada di tempat kejadian jenayah berlaku”.Jururawat : ”Jika anda makan ubat ini tiga (3) kali sehari, awak akan sembuh dengan segera”.Profesor : ”Keadaan Inflasi Di Malaysia akan Ekonomi berkurangan dalam masa dua (2) tahun lagi memandangkan perkembangan ekonomi dunia sekarang”.Penganggur : ”Saya sudah memohon kerja di lima buah tempat, tetapi semua memberi jawapan tidak ada kerja kosong”.
A. Peguambela.
B. Jururawat.
C. Profesor Ekonomi.
D. Penganggur.
E. Peguambela dan Jururawat.
Jawapan – D
Penjelasan Kenyataan peguambela tidak boleh diterima kerana ia adalah satu kenyataannya sahaja, yang mungkin tidak berbukti, yang memutuskan secara muktamat ialah Hakim. Lagi pun peguambela sudah tentu menyebelahi pihak anak guamnya.Kenyataan Jururawat tidak boleh diterima kerana Jururawat tidak dapat menjamin penyakit boleh sembuh.Kenyataan Profesor Ekonomi tidak boleh diterima kerana ia merupakan satu ramalan sahaja.Hanya kenyataan penganggur sahaja yang boleh diterima kerana ia adalah kenyataan benar berlaku kepadanya.
2. Mengikut undang-undang perbuatan mencuri adalah mengambil harta orang lain dengan tujuan melarikan harta itu daripada yang mempunyainya.Pada suatu hari Y telah pergi ke kedai dan mengambil sebungkus coklat dengan tidak membayar dan telah memakan coklat tersebut. Sehari kemudian Y berperasaan kesal dan telah balik ke kedai tersebut dan membuat pengakuan bahawa ia telah mengambil coklat itu. Dia juga meminta maaf dan sanggup membayar balik harga coklat itu. Tuan punya kedai itu tidak mahu menerima bayaran da sebaliknya telah membuat laporan kepada Polis. Dalam keadaan ini mengikut petikan Undang-undang seperti di atas, Y adalah
A. Tidak bersalah kerana ia sanggup membayar coklat tersebut.
B. Bersalah kerana tuan punya kedai tidak memaafkannya.
C. Bersalah kerana mengambil coklat itu tanpa bayaran.
D. Tidak bersalah kerana ia telah membuat pengakuan ia mengambil coklat itu dengan sengaja.
E. Tidak bersalah kerana ia telah meminta maaf.
Jawapan – C
Penjelasan
Persoalan pokok di sini ialah sama ada perbuatan Y itu dianggap senagai mencuri atau tidak disisi Undang-undang. Nyata sekali Y telah mengambil coklat itu dan memakannya dan dengan itu, ”melarikan harta itu daripada yang mempunyainya”. Dengan itu Y adalah bersalah. Oleh yang demikian jawapan yang boleh diterima ialah di antara B dan C. Y bersalah bukan kerana tidan dimaafkan oleh tuan punya kedai tetapi Y bersalah kerana telah mengambil coklat itu tanpa bayaran. Soal sama ada tuan kedai memaafkannya atau tidak, tidak timbul. Oleh yang demikian jawapan yang paling tepat ialah C.
(II) Kebolehan Menginterpretasi Data Calon akan diberikan beberapa masalah yang menggunakan berbagai perangkaan. Daripada berbagai-bagai perangkaan ini calon dikehendaki menganalisanya untuk meyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Untuk memudahkan calon memberi jawapan, calon-calon adalah digalakkan menggunakan graf, jadual dan sebagainya.
Contoh Soalan Sila gunakan jadual berikut untuk menjawab soalan-soalan berikutnya :-
Kadar cukai Di Malaysia.
0 – 5000 2,500 @ 6% = 150
+ 2,500 @ 9% = 225
5,000 – 7,500 5,000 = 375
+ 2,500 12% = 300
7,500 – 10,000 7,500 = 675
+ 2,500 15% = 375
10,000 – 15,000 10,000 = 1,050
+ 5,000 20% = 1,000
15,000 – 20,000 15,000 = 2,050
+ 5,000 25% = 1,250
20,000 – 25,000 20,000 = 3,350
+ 5,000 30% = 1,500
25,000 – 35,000 25,000 = 4,800
+ 10,000 35% = 3,500
35,000 – 50,000 35,000 = 8,300
+ 15,000 40% = 6,000
50,000 – 75,000 50,000 = 14,300
+ 25,000 45% = 11,250
75,000 – 100,000 75,000 = 22,500
+ 25,000 50% = 12,500
1. Jumlah cukai yang dibayar bagi pendapatan bercukai yang berjumlah RM 8,500 ialah
A. RM 815
B. RM 825
C. RM 820
D. RM 1,050
Jawapan – B
2. Pendapatan bercukai anda tahun ini ialah RM 20,000 dan pada tahun hadapan anda akan mendapat pendapatan bercukai sebanyak RM 23,000. Berapakah jumlah cukai tambahan yang harus anda bayar bagi tahun hadapan?
A. RM 200
B. RM 300
C. RM 900
D. RM 1,500
E. RM 2,400
Jawapan – C
3. Jika anda membayar cukai RM 240 bagi tahun 1996 berapakah pendapatan bercukai anda bagi tahun tersebut?
A. RM 3,000
B. RM 5,000
C. RM 3,500
D. RM 4,500
E. RM 4,750
Jawapan – C
(III) Menyelesaikan Masalah Dengan Menggunakan Konsep-konsep Matematik. Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam.
Konsep matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Asas-asas matematik yang digunakan adalah tidak melebihi sukatan peperiksaan tingkatan 5 (SPM). Oleh yang demikian adalah dianggap soalan-soalan ini sesuai untuk semua calon kerana semua calon telah melalui Tingkatan 5. Walaupun ada calon yang pengkhususannya ialah matematik di peringkat universiti, ini tidak bermakna lebih mudah bagi mereka menjawab daripada calon-calon yang lain kerana soalan-soalan ini adalah lebih merupakan soalan logik, hanya penyelesaian masalah memerlukan pengetahuan konsep-konsep matematik di peringkat Tingkatan 5.
Contoh Soalan 1.
Dalam satu pertandingan Bola Sepak sebanyak 8 pasukan mengambil bahagian. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah perlawanan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?
A. 28
B. 49
C. 56
D. 62
E. 64
Jawapan – A
Cara mendapatkan jawapan Ada 8 pasukan yang mengambil bahagian. Tiap-tiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu tiap-tiap pasukan mesti bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 (8 x 7) permainan, tetapi satu pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali. Oleh itu untuk mengelakkan pengiraan dua kali permainan maka jumlah permainan ialah 8×7/2 = 28
1. Di dalam sebuah kelas ada 40 orang penuntut. 90% daripada mereka mengambil peperiksaan; 3/4 daripada yang mengambil peperiksaan itu telah lulus. Berapakah jumlah penuntut yang lulus?
A. 27
B. 30
C. 33
D. 36
E. 37
Jawapan – A
Cara mendapat jawapan
90% daripada 40 = 36
3/4 daripada 36 = 27
SEKSYEN D – ESEI BAHASA MELAYU Soalan Peperiksaan Penguasa KastamSoalan : Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)
Contoh soalan:
1. Apakah cadangan anda untuk mengelakkan gejala rasuah dalam pentadbiran kerajaan?
2. Kemelesetan ekonomi menyebabkan penurunan bilangan pelancong ke Malaysia. Apakah cadangan anda untuk menarik kembali pelancong luar untuk datang ke Malaysia?
SEKSYEN E – ESEI BAHASA INGGERIS Soalan Peperiksaan Penguasa KastamDi dalam seksyen E akan diberi soalan-soalan Bahasa Inggeris yang menggalakkan anda memberi pendapat terhadap sesuatu isu. Misalnya ”Electronic Government in Malaysia”. Di dalam tajuk seperti ini anda hendaklah memberikan pendapat-pendapat dan cadangan-cadangan anda berkaitan dengan tajuk yang diberi. Objektif utama seksyen ini adalah menguji kebolehan calon-calon di dalam penguasaan Bahasa Inggeris.
Tips Menjawab Soalan Peperiksaan Penguasa KastamDi bawah ini disampaikan nasihat-nasihat yang perlu diambil ingatan bagi memudahkan anda berjaya di dalam Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam ini.Soalan Objektif Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam(Soalan-soalan di dalam Seksyen A, B dan C)
(a) Anda harus sedar bahawa di dalam peperiksaan ini calon-calon yang mengambil bahagian adalah terdiri daripada calon-calon dari pelbagai lapangan akademik. Soalan-soalan juga disediakan meliputi seluas-luasnya bidang akademik. Oleh yang demikian memang mungkin ada beberapa soalan yang anda tidak boleh menjawab langsung kerana ia diluar daripada bidang pengkhususan anda sedangkan soalan-soalan itu sesuai kepada calon-calon yang lain yang mempunyai pengetahuan di dalam bidang tersebut. Oleh yang demikian jika anda mendapati mana-mana satu soalan yang anda tidak boleh menjawab, jangan membuang masa tetapi hendaklah terus menjawab soalan-soalan yang lain. Apabila masa mengizinkan bolehlah anda kembali kepada soalan itu. Tegasnya, jika anda tidak dapat menjawab mana-mana satu soalan, jangan bimbang kerana memang ada soalan-soalan yang lain yang seharusnya anda boleh menjawabnya kerana ia termasuk di dalam bidang pengajian anda.
b) Soalan objektif merupakan soalan aneka pilihan di mana 5 jawapan diberi dan anda dikehendaki memilih 1. Adalah ditegaskan di sini iaitu jawapan yang dikehendaki bukanlah sahaja jawapan yang betul tetapi ialah yang paling tepat. Apabila anda membaca buat kali pertama anda mungkin akan menjumpai jawapan yang anda anggap betul daripada 5 pilihan yang diberi. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan membaca dan mengkaji kelima-lima jawapan yang diberi kerana harus diingat bahawa anda dikehendaki memilih jawapan yang paling tepat. Sebaliknya, jika anda tidak dapat memilih jawapan yang betul dan tepat anda mungkin akan dapat mengenalpasti jawapan yang salah. Dengan meninggalkan jawapan-jawapan yang anda agak salah, maka pemilihan anda akan berkurangan dan ini akan dapat membantu anda memilih jawapan yang lebih tepat daripada jawapan yang tinggal.
(c) Untuk memilih jawapan anda diberi kertas khas yang disediakan yang akan diproses dengan menggunakan komputer. Adalah ditegaskan bahawa anda hendaklah menggunakan pensil 2B atau BB sahaja. Jika anda menggunakan lain-lain alatulis selain daripada pensil 2B atau BB jawapan anda tidak akan dikira kerana komputer tidak akan menerimanya. Jika anda perlu membuat perkiraan, jawapan contoh dan sebagainya, anda hendaklah menggunakan kertas lain ataupun menggunakan buku soalan yang ada pada anda. Kertas yang disediakan khas untuk jawapan hendaklah digunakan semata-mata untuk jawapan dan tidak boleh digunakan untuk membuat apa-apa tulisan atau catatan yang lain kerana ini akan ditolak oleh komputer dan dengan itu merugikan anda.
Soalan Esei Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam
(Soalan-soalan dalam Seksyen D dan E)
(a) Bahagian Esei dibahagikan kepada dua seksyen iaitu Seksyen D (esei Bahasa Melayu) dan Seksyen E (esei Bahasa Inggeris). Bagi tiap-tiap satu seksyen anda diberi tiga tajuk untuk anda memilih satu.
(b) Masa yang diberi iaitu 1 jam bagi satu esei adalah masa yang agak panjang kerana biasanya di dalam sesuatu peperiksaan anda diberi hanya 30 atau 45 minit sahaja. Tujuan anda diberi masa yang panjang bukanlah untuk menulis esei yang panjang tetapi anda hendaklah memberi esei yang bernas, teratur, cara persembahan dan susunan yang baik. Esei hendaklah ditulis dengan tulisan yang cantik dan anda digalakkan membuat susunan perenggan yang baik dengan menggunakan tajuk-tajuk kecil dan mengemukakan hujah-hujah dengan teratur dan mengikut logik. Oleh yang demikian anda adalah dinasihatkan mengambil masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk membuat perancangan, membuat nota, rangka dan sebagainya sebelum menulis esei ini.
Kesimpulan bagi calon peperiksaan Penguasa Kastam
Anda sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah setinggi-tinggi yang terdaya dalam setiap seksyen terutamanya esei. Jika anda lulus, maka anda mungkin berpeluang untuk dipanggil ke Assessment Centre. Ini bermakna peluang untuk anda dipertimbangkan ke jawatan Penguasa Kastam. adalah lebih baik.Selamat berjaya! Buat calon peperiksaan penguasa kastam 2012. Jawab soalan peperiksaan penguasa kastam betul-betul ya!

Thursday, January 19, 2012

Peperiksaan Penguasa Kastam W1-1 (4 Februari 2012)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Adakah anda mendaftar jawatan Penguasa
Kastam di Portal SPA? Sekiranya ya,
Anda boleh semak status di link di bawah
ini:

==> http://tinyurl.com/Semakan4Feb2012

Adakah anda tersenarai untuk Exam Penguasa Kastam WK1-1 pada 4 Februari
2012 ini?Tahniah saya ucapkan. Berikut diberikan link untuk panduan exam
tersebut. Exam tersebut menggunakan format exam PTD.

==> http://tinyurl.com/ExamPenguasaKastamWK1-1

Panduan ini akan ditutup pada Jam 12.01am 31 Januari 2012

SHARE Info ini kepada Rakan-rakan anda di Facebook atau twitter

Setiap pembelian dari link di atas sahaja akan menerima Panduan Percuma:
1) Statistik Aduan 2010
2) Statistik Aduan 2011
3) Statistik Perkhidmatan atas Talian 2011
4) Artikel KASTAM menumpaskan Penyeludupan Tahun 2011
5) Panduan Lulus Temuduga Jawatan Kerajaan
- Panduan Lengkap Temuduga
- Kunci Kejayaan Temuduga
- Panduan Persediaan Temuduga
- Video Tatacara Menghadiri Temuduga Kerajaan
- 50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga
- Contoh Soalan-soalan Temuduga Jawatan SPA
- Panduan Penulisan Resume


Salam sukses dan selamat maju jaya.