Kerja Kerajaan

TITANIC MOVIE 2012

Anda suka? Klik LIKE atau Kongsi dengan Rakan Facebook anda.

Monday, October 31, 2011

Latihan Industri / Praktikal di cawangan LHDNM seluruh Negara

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mengalu-alukan permohonan daripada pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang sedang mengikuti pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda untuk menjalankan Latihan Industri / Praktikal di cawangan LHDNM seluruh Negara.Pemohonan yang lengkap berserta salinan asal borang permohonan, surat pengesahan daripada IPTA / IPTS dan resume hendaklah dihantar ke alamat berikut:

Pengarah
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Sumber Manusia
Tingkat 7 (Kiri), Blok 9
Kompleks Bangunan Kerajaan
Jalan Duta, Peti Surat 11833
50758 KUALA LUMPUR
(u.p: Unit Pengajian)

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi
no. telefon berikut: 03 – 6209 1397 03 – 6209 1171

KLIK <=== BORANG PERMOHONAN LATIHAN INDUSTRI

BERITA TERGEMPAR: Tragedi Kemalangan Keretapi di Kepayan, Sabah





Tragedi kemalangan ini berlaku pada 31 Oktober 2011 kira-kira jam 5 petang. Tidak ada kemalangan jiwa yang terlibat. Mohon kerjasama agar tidak mempercayai khabar angin yang menyatakan ada 18-20 orang terkorban. Tidak ada yang terkorban tetapi hanya mengalami kecederaan sahaja. Kita seharusnya mendoakan agar yang tercedera selamat sembuh. Kerjasama semua pihak atau rakyat Sabah khususnya penting agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian ini. Biarlah pihak yang berwajib menyiasat kejadian kemlangan ini.

Oleh yang demikian, sudikanlah SHARE posting ini di blog, facebook atau twitter anda. Harap maklum dan terima kasih dari admin kerjasektorawam.blogspot.com

Monday, October 24, 2011

Pembekuan Pengambilan Baru ke Dalam Perkhidmatan Awam

Kerajaan dalam usaha melaksanakan Sistem Saraan Baharu Perkhidmatan Awam
(SBPA) berkuatkuasa mulai Januari 2012. Sehubungan itu, surat tawaran kepada
semua calon yang telah berjaya dalam temu duga bagi semua jawatan akan
dikeluarkan setelah SBPA dilaksanakan pada Januari 2012.

Sekian dimaklumkan.

Terima kasih.

[petikan ini diambil dari portal SPA]

SHARE DENGAN RAKAN-RAKAN TWITER ATAU FACEBOOK ANDA

Tuesday, October 18, 2011

Calon (Sabah & Sarawak) Yang Berjaya Dilantik - Pen. Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 31

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia telah mengeluarkan senarai nama yang berjaya dilantik bagi calon Sabah dan Sarawak untuk Jawatan Penolong Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 31. Admin kerjasektorawam.blogspot.com mengucapkan tahniah dan semoga maju jaya dalam tugasan baru anda.

KLIK <=== Senarai Calon Berjaya Untuk Lantikan

Jawatan Kosong Terkini: Sabah

Kem/Jab: Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA)
Jawatan: Pegawai Kewangan W41

Syarat Lantikan:
1) Warganegara Malaysia
2) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
3) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perdagangan atau pengajian perniagaan yang
diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
4) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang perdagangan atau pengajian perniagaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred
W41:P1T3); atau
5) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T8); atau
6) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T8); atau
7) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T9); atau
8) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia (Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T10)dan
9) lulus Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.



Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Akauntan yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
a) mempunyai kelayakan di peranggan 3(c) di atas; atau
b) lulus peperiksaan khas; dan
c) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

Taraf Jawatan: Tetap

Syarat-syarat permohonan:
1) Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang yang boleh dibeli RM1.00 di
Ibu Pejabat SAFODA, Tingkat 1, Wisma PERKASA Kota Kinabalu.
2) Tarikh tutup permohonan: 28 Oktober 2011
3) Keutamaan pilihan kepada calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-Badan Iktisas Perakaunan atau Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia dan ada pengalaman tiga (3) tahun bekerja dalam bidang perakaunan di sektor swasta.
4) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Jawatan Kosong Terkini: Sarawak

Tempat: Universiti Malaysia Sarawak
Jawatan Kosong:

1. Guru Bahasa DG41,DG44,DG48,DG52 (Kontrak)
2. Pegawai Tadbir N41
3. Pegawai Penerbitan N41
4. Pustakawan S41
5. Jururawat Terlatih U41 (Kontrak)
6. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
7. Jururawat U29
8. Penolong Pegawai Perubatan U29
9. Jurupulih Perubatan U29
10. Penolong Pegawai Sains C27
11. Pelukis Pelan J17
12. Juruteknik Komputer FT17
13. Pembantu Tadbir (Kewangan) W17 (Tetap/Kontrak)
14. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
15. Tukang K3 R9
16. Pembantu Am Pejabat N1 (Tetap/Kontrak)





KLIK <== Iklan Lanjut


KLIK <== Semua permohonan hendaklah dilakukan disini.


Tarikh permohonan dibuka: 18 Oktober 2011


Tarikh tutup permohonan : 31 Oktober 2011


KLIK <== Percuma Panduan PTD


Thursday, October 13, 2011

Jawatan Kosong Terkini: Sabah

Kem/Jab: Majlis Perbandaran Sandakan
Jawatan: Tukang K3 (Pendawai Gred R14)
Taraf Jawatan: Tetap
Tarikh Tutup: 30 Oktober 2011

KLIK <== Info Lanjut


Jawatan Kosong Terkini: Sarawak

Kem/Jab: Lembaga Perlabuhan Bintulu
Jawatan: Pegawai Tadbir (Sumber Manusia) N41
Jumlah kekosongan: 1
Taraf Jawatan: Tetap



Cara Memohon:
Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Borang Permohonan Jawatan LPB yang boleh didapati dari unit Sumber Manusia, Aras 9, Lembaga Pelabuhan Bintulu atau boleh dimuat-turun melalui laman rasmi LPB ==> www.bpa.gov.my

Info lanjut ==> KLIK
Download Borang Permohonan ==> KLIK
Pemegang Ijazah Sarjana Muda ==> KLIK

Tarikh tutup: 21 Oktober 2011

Wednesday, October 12, 2011

Skim Baru Perkhidmatan Awam: Opsyen bersara 58 atau 60 tahun?


Peristiwa di atas sememangnya akan terjadi. Bilakah anak muda kita diberi peluang untuk menjawat jawatan awam? Adakah anak muda kita tidak ada yang berpotensi mengembleng tenaga untuk kerajaan? Anak-anak muda buktikan anda sebenarnya layak untuk menerajui dunia moden yang pantas ini. Kita bukan menidakkan jasa mereka yang lebih senior tetapi kita mahu mereka berehat. Di usia 58 dan 60 tahun adalah masa untuk berehat. Main bersama cucu, cicit, pergi melancong, pergi umrah. Lupakan bebanan kerja di pejabat. Berikan kepada anak-anak muda yang lebih bersemangat dan berkobar-kobar untuk berjaya. Jangan pula tahun hadapan ada lagi opsyen ke 62 tahun.....

Temuduga SPA: Latihan Perubatan & Jururawat - Calon Sabah & Sarawak

Salam sejahtera.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam melalui Laman Portalnya telah mengeluarkan
Senarai Semakan Kelayakan Temuduga bagi Latihan berikut


1) Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma (Calon Sarawak)
[ Tarikh Temu Duga: 17 Oktober 2011 - 25 Oktober 2011 ]
Semakan ==> KLIK

2) Latihan Jururawat Masyarakat (Calon Sabah)
[ Tarikh Temu Duga: 24 Oktober 2011 - 04 November 2011 ]
Semakan ==> KLIK

Semoga berjaya kepada semua Calon Yang dipanggil.

Panggilan Temuduga Jawatan Pegawai Eksekutif (Penaksiran) - Kontrak (Sabah & Sarawak)

Salam hormat,

Adakah para sahabat mendaftar jawatan Pegawai Eksekutif (Penaksiran) secara Kontrak di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia?

Senarai panggilan temuduga telah keluar.

KLIK <== Download untuk warga Sabah

KLIK <== Download untuk warga Sarawak

Sunday, October 9, 2011

Jawatan Kosong Terkini: Sabah

Sabah Electricity Sdn Bhd.

Jawatan:
1) Pegawai Keselamatan E12/13

Tarikh Tutup pada 17 Oktober 2011

Info Lanjut ===> KLIK UNTUK DOWLOAD

Thursday, October 6, 2011

Jawatan Kosong Terkini: Sabah

Kem/Jab: Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan)

Jawatan: Pegawai Pemasaran
Taraf Jawatan: Kontrak
Gaji: RM1,700 dan ke atas

Bidang tugas: Mengendalikn urusan pemasaran/mempromosi hasilan dan
produk yang dikeluarkan oleh Pihak Ko-Nelayan

Penempatan:
Ditugaskan di KONEL VENTURE SDN BHD
(Anak Syarikat Ko-Nelayan)

Syarat Lantikan:
a) Warganegara Malaysia
b) Ijazah dalam bidang Pengurusan Perniagaan
c) Pengalaman tidak kuang 5 tahun
d) Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia, Inggeris.
e) Fasih bertutur dalam Mandarin menjadi satu kelebihan.

Cara memohon:
Sila dapatkan borang daripada Unit Sumber Manusia dan kebalikan ke alamat dibawah:


Pengurus Besar
Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan)
Aras 4, Blok A, Wisma Pertanian,
Beg Berkunci 150,
88994 Kota Kinabalu

Tarikh Tutup Permohonan: 20 Oktober 2011

Tuesday, October 4, 2011

Jawatan Kosong Terkini: Sabah

Kementerian/Jabatan: Koperasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan)

Jawatan Pertama: Juruteknik J17
Taraf: Sementara

Jadual Gaji:
P1T1 RM843.06 - P1T6 RM2325.37
P2T1 RM896.00 - P1T26 RM2452.48
P3T1 RM950.43 - P1T26 RM2583.95

Bidang Tugas: Membantu mengendalikan urusan dalam bidang kejuruteraan

Syarat Lantikan:
1) Warganegara Malaysia
2) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
3) Sijil dam bidang kejuruteraan atau yang diiktiraf oleh kerajaan
4) Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia
5) Kepujian Bahasa Malaysia termasuk lulus ujian Lisan PEringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan.



Jawatan kedua: Pegawai Sambilan (Pekerja Bergaji Hari)
Bidang Tugas: Menjalankan tugas-tugas Kesetiausahaan

Kelayakan:
1) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
2) Mahir dalam mengambil trengkas dengan kederasan 60 p.s.m daripada rencana dan
menaip salinan trengkas itu sederas 20 p.s.m dengan kesalahan tidak melebihi 4% dan berkebolehan mengendalikan komputer
3) Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.




Tarikh tutup permohonan kedua-dua jawatan: 14 Oktober 2011

Cara Memohon:

Sila dapatkan borang permohonan dariapda Unit Sumber Manusia beralamat sepertimana di bawah dan kemablikannya dengan borang yang lengkap diisi bersama dengan dokumen-dokumen yang berkaitan:

Pengurus Besar
Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan)
Aras 4, Blok A, Wisma Pertanian,
Beg Berkunci 150,
88994 Kota Kinabalu


Menangi IPAD2 ==> KLIK