Kerja Kerajaan

TITANIC MOVIE 2012

Anda suka? Klik LIKE atau Kongsi dengan Rakan Facebook anda.

Thursday, December 22, 2011

Jawatan Kosong Terkini: Sarawak

Jab/Kem : Jabatn Kerja Raya Sarawak

Jawatan:
1. Engineers J41
2. Architects J41
3. Quantity Surveyors J41
4. Accountants W41
5. Administrators N41

Tarikh Tutup: 15 Januari 2012

Klik <=== Untuk maklumat Lanjut

Share dengan rakan-rakan Facebook atau Twitter anda.
Kredit kepada ejawatan.com

Monday, December 5, 2011

Temuduga KPLI-SRj-QAF

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahniah buat anda yang melepasi ujian MTeST dan dipanggil untuk seisi temuduga KPLI-SR j-QAF. Seisi temuduga merupakan saringan terakhir untuk pengambilan calon pelatih guru j-QAF. Ianya satu tahap yang cukup penting dan getir buat calon temuduga.

Temuduga akan diadakan pada 12 hingga 16 Disember 2011.


Sebagai calon temuduga KPLI-SR j-QAF, anda seharusnya membuat persediaan yang secukupnya sekiranya anda betul-betul ingin bergelar guru j-QAF. Berikut adalah beberapa tips ringkas untuk persediaan anda menghadiri seisi temuduga KPLI-SR j-QAF :

1-Persediaan awal
2-Buat latihan / simulasi temuduga KPLI-SR j-QAF
3-Meningkatkan aspek kemahiran komunikasi
4-Penyediaan sijil / dokumen berkaitan yang disusun mengikut turutan.
5-Amalkan doa penerang hati dan buat solat hajat.

Pelbagai lagi tips persediaan temuduga KPLI-SR j-QAF untuk calon temuduga ambilan Jan 2012.

Panduan Lengkap ===> http://tinyurl.com/KPLI-SRj-QAF


Setiap pembelian melalui link di atas akan menerima Bonus Tambahan:
1) Panduan Lengkap Temuduga Edisi 2011
2) 50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga
3) Panduan Persediaan Temuduga
4) Kunci Kejayaan Temuduga
5) Video Tatacara Menghadiri Temuduga Kerajaan
6) Contoh Soalan-soalan Temuduga Jawatan Kerajaan SPA
7) Koleksi Soalan Bocor Temuduga PTD M41
8) Koleksi Soalan Bocor Temuduga Pegawai & Pen. Pegawai
Teknologi Maklumat F29 & 41
9) Panduan Penulisan Resume
10) Panduan Menjawab Soalan Exam PTD M41

Thursday, December 1, 2011

Jawatan Kosong Terkini: ANGKASA

Anda suka? Klik LIKE atau Kongsi dengan Rakan Facebook anda.

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) adalah koperasi apex yang diiktiraf oleh kerajaan sebagai badan yang mewakili Pergerakan Koperasi Malaysia pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Kami menyediakan program pelajaran kepada anggota-anggota koperasi disamping menyediakan khidmat keusahawanan dan perkhidmatan potongan gaji kepada kakitangan kerajaan untuk tujuan koperasi, kelab, kesatuan dan syarikat berkepentingan kerajaan.

Sekiranya anda seorang yang berdedikasi, bermotivasi tinggi dan inginkan persekitaran kerja yang stabil dan berdaya-saing, anda dipelawa menyertai kami dengan mengisi kekosongan jawatan di

1) Cawangan Sarawak
2) Cawangan Sabah



bagi jawatan berikut di setiap negeri.

1) Pegawai - Perkhidmatan Sosial dan Perlindungan

Kelayakan dan Pengalaman

•Sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Syariah / Usuluddin / Pengajian Islam atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
•Berpengalaman bekerja 3 tahun dalam bidang pengurusan Islam / Muamalat / Syariah.
•Fasih dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
•Bersedia untuk melakukan tugasan di luar kawasan Kota Kinabalu termasuk bertugas pada hujung minggu.

Bidang Tugas

•Bertanggungjawab menyelaras aktiviti-aktiviti khidmat sosial seperti penaksiran zakat, Skim Infaq Lil-Waqf, Skim Tahayyu’ Lil-Haj ANGKASA dan Syariah di Cawangan Sabah.
•Bertanggungjawab memberi taklimat dan rundingan kepada semua koperasi ahli ANGKASA.
Individu yang berkelayakan dipelawa memohon dengan mengemukakan surat permohonan berserta butiran peribadi terperinci (resume/cv) yang mengandungi maklumat kelayakan akademik, pengalaman, kemahiran, kualiti personal, gaji semasa, gaji dipohon serta salinan sijil-sijil akademik / berkaitan dan gambar terbaru berukuran pasport kepada :

Ketua Pegawai Eksekutif
ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya, 46798 Petaling Jaya, Selangor

atau e-mel : sumber@angkasa.coop

Tarikh tutup: 6 Disember 2011
Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.