Kerja Kerajaan

TITANIC MOVIE 2012

Anda suka? Klik LIKE atau Kongsi dengan Rakan Facebook anda.

Thursday, December 1, 2011

Jawatan Kosong Terkini: ANGKASA

Anda suka? Klik LIKE atau Kongsi dengan Rakan Facebook anda.

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) adalah koperasi apex yang diiktiraf oleh kerajaan sebagai badan yang mewakili Pergerakan Koperasi Malaysia pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Kami menyediakan program pelajaran kepada anggota-anggota koperasi disamping menyediakan khidmat keusahawanan dan perkhidmatan potongan gaji kepada kakitangan kerajaan untuk tujuan koperasi, kelab, kesatuan dan syarikat berkepentingan kerajaan.

Sekiranya anda seorang yang berdedikasi, bermotivasi tinggi dan inginkan persekitaran kerja yang stabil dan berdaya-saing, anda dipelawa menyertai kami dengan mengisi kekosongan jawatan di

1) Cawangan Sarawak
2) Cawangan Sabah



bagi jawatan berikut di setiap negeri.

1) Pegawai - Perkhidmatan Sosial dan Perlindungan

Kelayakan dan Pengalaman

•Sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Syariah / Usuluddin / Pengajian Islam atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
•Berpengalaman bekerja 3 tahun dalam bidang pengurusan Islam / Muamalat / Syariah.
•Fasih dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
•Bersedia untuk melakukan tugasan di luar kawasan Kota Kinabalu termasuk bertugas pada hujung minggu.

Bidang Tugas

•Bertanggungjawab menyelaras aktiviti-aktiviti khidmat sosial seperti penaksiran zakat, Skim Infaq Lil-Waqf, Skim Tahayyu’ Lil-Haj ANGKASA dan Syariah di Cawangan Sabah.
•Bertanggungjawab memberi taklimat dan rundingan kepada semua koperasi ahli ANGKASA.
Individu yang berkelayakan dipelawa memohon dengan mengemukakan surat permohonan berserta butiran peribadi terperinci (resume/cv) yang mengandungi maklumat kelayakan akademik, pengalaman, kemahiran, kualiti personal, gaji semasa, gaji dipohon serta salinan sijil-sijil akademik / berkaitan dan gambar terbaru berukuran pasport kepada :

Ketua Pegawai Eksekutif
ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya, 46798 Petaling Jaya, Selangor

atau e-mel : sumber@angkasa.coop

Tarikh tutup: 6 Disember 2011
Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

No comments:

Post a Comment