Kerja Kerajaan

TITANIC MOVIE 2012

Anda suka? Klik LIKE atau Kongsi dengan Rakan Facebook anda.

Thursday, February 16, 2012

Menjadikan Diri Anda Yang Terbaik

Anda suka? Klik LIKE atau Kongsi dengan Rakan Facebook anda.

Anda menghadiri temuduga bersama-sama calon yang lain. Anda hendaklah menjadi yang lebih baik dari calon lain agar anda dipilih. Berikut antara tips menjadikan diri anda yang terbaik:

1. Datang tepat pada waktunya. Jangan lewat tiba ke lokasi temuduga. Pastikan diri anda datang awal.

2. Pastikan anda buat persediaan sebelum datang temuduga. Pastikan ilmu penuh di dada sebelum turun ke gelanggang.

3. Malam sebelum temuduga, pastikan anda berada dalam keadaan tenang. Jangan berjaga malam untuk menonton bola atau lepak dengan rakan – rakan di kedai makan. Ini penting supaya otak anda tidak lari fokus.

4. Pilih pakaian yang sesuai dan nampak bergaya.

5. Gosok pakaian dan siap sediakan pakaian itu sehari sebelum. Jangan sediakan pakaian pada pagi hari, takut – takut tak sempat.

6. Lakukan sedikit kajian di internet mengenai soalan yang biasa di tanya ketika temuduga. Kajian ini penting supaya otak anda terbiasa dengan corak soalan yang bakal di tanya dan cara hendak menjawabnya.

7. Latih situasi temuduga dengan rakan atau ahli keluarga anda.

8. Elakkan diri dari bermain facebook atau laman sosial yang lain. Otak anda tidak boleh lari dari fokus.

9. Jaga pemakanan anda supaya anda tidak keracunan makanan di hari temuduga.

10. Sediakan resume yang lengkap dan periksa berkali –kali resume anda supaya anda pasti bahawa ia adalah terbaik.

11. Buat kajian mengenai bakal majikan sebaik mungkin. Majikan suka bertanya mengenai syarikat mereka supaya mereka tahu anda faham apa yang mereka mahukan dari anda.

12. Lapangkan dada dan bersedia untuk di tanya dengan apa sahaja soalan termasuklah soalan pelik dan lari dari tajuk.

13. Tutup telefon bimbit anda sebaik tiba ke lokasi temuduga dan fokus pada temuduga anda.

14. Jaga pergerakan bahasa badan anda.

15. Tunggu panel temuduga habis melontarkan soalan, barulah anda beri jawapan. Jangan cepat menyampuk atau memotong perbualan orang lain atau soalan.

16. Sentiasa senyum. Senyum akan berikan anda keyakinan dan perasaan lega. Orang yang melihat anda juga akan rasa tenang. Walaupun panel temuduga bermuka masam, anda senyum sahaja.

17. Sentiasa memandang tepat pada mata panel temuduga ketika menjawab soalan.

18. Jika anda berpeluang untuk bersalam dengan panel temuduga, anda genggap tangan mereka dengan lembut dan yakin.

19. Jangan terlalu banyak bercakap. Cakap sahaja perkara yang perlu dan berikan jawapan tepat, padat dan ringkas.

20. Jangan buat – buat tahu.

21. Jangan biarkan diri anda terkeliru. Berikan jawapan yang anda tahu sahaja. Tenangkan diri dan susun ayat yang membuatkan panel temuduga faham apa yang anda katakan.

22. Jangan mengutuk syarikat lain atau majikan lama.

23. Tanya soalan yang penting. Jika anda di beri peluang bertanya soalan pada panel temuduga mengenai syarikat atau kerja, anda tanya soalan yang penting iaitu soalan yang boleh membantu anda memperoleh pekerjaan itu nanti.

24. Tinggalkan bilik temuduga dengan senyum lebar dan bersemangat.


No comments:

Post a Comment