Kerja Kerajaan

TITANIC MOVIE 2012

Anda suka? Klik LIKE atau Kongsi dengan Rakan Facebook anda.

Tuesday, October 18, 2011

Jawatan Kosong Terkini: Sabah

Kem/Jab: Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA)
Jawatan: Pegawai Kewangan W41

Syarat Lantikan:
1) Warganegara Malaysia
2) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
3) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perdagangan atau pengajian perniagaan yang
diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
4) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang perdagangan atau pengajian perniagaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred
W41:P1T3); atau
5) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T8); atau
6) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T8); atau
7) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T9); atau
8) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia (Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T10)dan
9) lulus Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.



Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Akauntan yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
a) mempunyai kelayakan di peranggan 3(c) di atas; atau
b) lulus peperiksaan khas; dan
c) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

Taraf Jawatan: Tetap

Syarat-syarat permohonan:
1) Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang yang boleh dibeli RM1.00 di
Ibu Pejabat SAFODA, Tingkat 1, Wisma PERKASA Kota Kinabalu.
2) Tarikh tutup permohonan: 28 Oktober 2011
3) Keutamaan pilihan kepada calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-Badan Iktisas Perakaunan atau Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia dan ada pengalaman tiga (3) tahun bekerja dalam bidang perakaunan di sektor swasta.
4) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

No comments:

Post a Comment