
TITANIC MOVIE 2012
Monday, February 27, 2012
Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Sunday, February 19, 2012
Jawatan Kosong Terkini: Sarawak
Thursday, February 16, 2012
Menjadikan Diri Anda Yang Terbaik
Anda menghadiri temuduga bersama-sama calon yang lain. Anda hendaklah menjadi yang lebih baik dari calon lain agar anda dipilih. Berikut antara tips menjadikan diri anda yang terbaik:
1. Datang tepat pada waktunya. Jangan lewat tiba ke lokasi temuduga. Pastikan diri anda datang awal.
2. Pastikan anda buat persediaan sebelum datang temuduga. Pastikan ilmu penuh di dada sebelum turun ke gelanggang.
3. Malam sebelum temuduga, pastikan anda berada dalam keadaan tenang. Jangan berjaga malam untuk menonton bola atau lepak dengan rakan – rakan di kedai makan. Ini penting supaya otak anda tidak lari fokus.
4. Pilih pakaian yang sesuai dan nampak bergaya.
5. Gosok pakaian dan siap sediakan pakaian itu sehari sebelum. Jangan sediakan pakaian pada pagi hari, takut – takut tak sempat.
6. Lakukan sedikit kajian di internet mengenai soalan yang biasa di tanya ketika temuduga. Kajian ini penting supaya otak anda terbiasa dengan corak soalan yang bakal di tanya dan cara hendak menjawabnya.
7. Latih situasi temuduga dengan rakan atau ahli keluarga anda.
8. Elakkan diri dari bermain facebook atau laman sosial yang lain. Otak anda tidak boleh lari dari fokus.
9. Jaga pemakanan anda supaya anda tidak keracunan makanan di hari temuduga.
10. Sediakan resume yang lengkap dan periksa berkali –kali resume anda supaya anda pasti bahawa ia adalah terbaik.
11. Buat kajian mengenai bakal majikan sebaik mungkin. Majikan suka bertanya mengenai syarikat mereka supaya mereka tahu anda faham apa yang mereka mahukan dari anda.
12. Lapangkan dada dan bersedia untuk di tanya dengan apa sahaja soalan termasuklah soalan pelik dan lari dari tajuk.
13. Tutup telefon bimbit anda sebaik tiba ke lokasi temuduga dan fokus pada temuduga anda.
14. Jaga pergerakan bahasa badan anda.
15. Tunggu panel temuduga habis melontarkan soalan, barulah anda beri jawapan. Jangan cepat menyampuk atau memotong perbualan orang lain atau soalan.
16. Sentiasa senyum. Senyum akan berikan anda keyakinan dan perasaan lega. Orang yang melihat anda juga akan rasa tenang. Walaupun panel temuduga bermuka masam, anda senyum sahaja.
17. Sentiasa memandang tepat pada mata panel temuduga ketika menjawab soalan.
18. Jika anda berpeluang untuk bersalam dengan panel temuduga, anda genggap tangan mereka dengan lembut dan yakin.
19. Jangan terlalu banyak bercakap. Cakap sahaja perkara yang perlu dan berikan jawapan tepat, padat dan ringkas.
20. Jangan buat – buat tahu.
21. Jangan biarkan diri anda terkeliru. Berikan jawapan yang anda tahu sahaja. Tenangkan diri dan susun ayat yang membuatkan panel temuduga faham apa yang anda katakan.
22. Jangan mengutuk syarikat lain atau majikan lama.
23. Tanya soalan yang penting. Jika anda di beri peluang bertanya soalan pada panel temuduga mengenai syarikat atau kerja, anda tanya soalan yang penting iaitu soalan yang boleh membantu anda memperoleh pekerjaan itu nanti.
24. Tinggalkan bilik temuduga dengan senyum lebar dan bersemangat.
Thursday, February 9, 2012
Jawatan Kosong Seluruh Negara
STATUS : Kontrak 3 bulan
BIL KEKOSONGAN : 500 Seluruh Malaysia
WAKTU BEKERJA : Waktu bekerja terpakai yang kepada pegawai awam
GAJI : RM 54.00 sehari, KWSP dan elaun perjalanan
TEMPAT KERJA : Di Pejabat Tenaga kerja Daerah atau Jabatan Tenaga Kerja Negeri
DISKRIPSI TUGAS :
1) Melaksanakan penghantaran borang penyata National Employment Return (NER) kepada
majikan- majikan swasta di premis perniagaan/kompleks membeli belah/kilang secara
bersemuka (door to door) atau secara pos
2) Bertanggungjawab untuk menerima atau memungut kembali borang penyata
3) Memasukan data-data daripada borang NER yang telah diisi oleh majikan ke dalam komputer
KELAYAKAN / KELULUSAN
1) Minimum Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan dan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan lulus Bahasa
Inggeris
2) Boleh menulis dan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik
3) Boleh menggunakan computer dengan baik :- MS Office
4) Mempunyai lessen memandu B2 / D
5) Mempunyai kenderaan motosikal atau motokar
6) Boleh bekerja di luar pejabat
CARA MEMOHON
Sila memohon melalui www.jobsmalaysia.gov.my
Tarikh tutup permohonan : 29 Februari 2012
Tuesday, January 31, 2012
Jawatan Kosong Terkini: Sabah
Jawatan: Pembantu Pengawas Peperiksaan
Taraf: Sambilan
Info Lanjut ==> http://tinyurl.com/UiTM16Feb2012
Sunday, January 29, 2012
Jawatan Kosong Terkini: Sabah

Wednesday, January 25, 2012
Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam 2012
Kredit kepada blogJamal. Artkel ini diperolehi dari beliau. Sedikit Perkongsian.
Sempena Peperiksaan Penguasa Kastam 2012 yang bakal diadakan pada 4 FEb 2012 ini, banyak yang bertanya berkenaan soalan peperiksaan penguasa kastam dalam minggu ni…Ramai yang dipanggil hadiri exam kastam 2012 ini
Salam hormat buat semua, pembaca blog ini.
Dalam minggu ni, saya banyak menerima emel, sms, panggilan telefon dari pembaca blog, dan juga subscribers kerja-kerajaan.com yang meminta tips berkenaan peperiksaan bertulis penguasa kastam gred wk1-1, gred baru SBPA (dahulunya W41). Ramai juga yang meminta saya sediakan panduan soalan penguasa kastam 2012 atau panduan peperiksaan penguasa kastam ini. Saya tiada sediakannya, tapi insyallah Admin Tips PTD akan lancarkannya dalam masa terdekat bagi membantu calon exam jawatan penguasa kastam 2012 ini.Sebenarnya, untuk makluman anda, peperiksaan bertulis penguasa kastam gred wk1-1 ni lebih kurang sama saja seperti peperiksaan bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang diadakan setiap tahun sebelum ini. Cuma, ianya ada sedikit perbezaan.Untuk peperiksaan bertulis PTD, soalan-soalan terdiri daripada 5 seksyen iaitu:
Dalam peperiksaan bertulis penguasa kastam gred wk1-1 ini, soalan-soalan terdiri dari 4 seksyen sahaja iaitu:
SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam. Masa : 45 minitBilangan Soalan : 60Markah : 30Di dalam soalan peperiksaan penguasa kastam ini calon dikehendaki mengetahui secara umum perkara-perkara berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia dan perkara-perkara lain berkenaan dengan politik, ekonomi, sosial, sains, teknologi, sastera, kebudayaan, kesenian, muzik, sukan dan lain-lain perkembangan di seluruh dunia pada amnya dan khususnya yang ada kena mengena dengan Malaysia. Perkara ini terlalu umum dan tidak ada buku-buku teks yang tertentu untuk dibaca dan soalan-soalan akan disediakan begitu meluas. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda di dalam aneka lapangan akademik. Siswazah-siswazah yang selama ini mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan mudah menjawab soalan-soalan ini. Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekelilingnya pada amnya dan Malaysia khasnya.
Thursday, January 19, 2012
Peperiksaan Penguasa Kastam W1-1 (4 Februari 2012)
Adakah anda mendaftar jawatan Penguasa
Kastam di Portal SPA? Sekiranya ya,
Anda boleh semak status di link di bawah
ini:
==> http://tinyurl.com/Semakan4Feb2012
Adakah anda tersenarai untuk Exam Penguasa Kastam WK1-1 pada 4 Februari
2012 ini?Tahniah saya ucapkan. Berikut diberikan link untuk panduan exam
tersebut. Exam tersebut menggunakan format exam PTD.
==> http://tinyurl.com/ExamPenguasaKastamWK1-1
Panduan ini akan ditutup pada Jam 12.01am 31 Januari 2012
SHARE Info ini kepada Rakan-rakan anda di Facebook atau twitter
Setiap pembelian dari link di atas sahaja akan menerima Panduan Percuma:
1) Statistik Aduan 2010
2) Statistik Aduan 2011
3) Statistik Perkhidmatan atas Talian 2011
4) Artikel KASTAM menumpaskan Penyeludupan Tahun 2011
5) Panduan Lulus Temuduga Jawatan Kerajaan
- Panduan Lengkap Temuduga
- Kunci Kejayaan Temuduga
- Panduan Persediaan Temuduga
- Video Tatacara Menghadiri Temuduga Kerajaan
- 50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga
- Contoh Soalan-soalan Temuduga Jawatan SPA
- Panduan Penulisan Resume
Salam sukses dan selamat maju jaya.